SOP kempen norma baharu cabaran terbesar PH

Iklan
Adly (tengah) pada sidang akhbar di Graha Amanah Melaka Bukit Katil, Melaka pada Isnin.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) negeri ini mengakui prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan kempen untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan cabaran besar bagi mereka.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, gerakan kempen menjadi sukar apabila pendekatan bersemuka khususnya kempen rumah ke rumah dan himpunan yang selama ini menjadi medium penting ketika pilihan raya tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, PH akan menggunakan setiap saluran yang ada untuk memastikan kempen berjalan dengan baik.

"Pilihan raya kali ini berbeza dengan pilihan raya lalu terutama kempen rumah ke rumah tidak dibenarkan. Kedua ialah himpunan-himpunan yang selalunya menjadi medium utama, mungkin jadi halangan kepada kita.

Iklan

"Bagaimanapun kita akan memanfaatkan semua ruang-ruang yang ada terutama dalam media baharu dan pengedaran risalah mengikut SOP dibenarkan," katanya pada sidang akhbar di Graha Amanah Melaka Bukit Katil di sini pada Isnin.

Sementara itu, Adly berkata, PH akan melancarkan 'Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan' sempena PRN Melaka.

Iklan

Beliau berkata, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

"PH akan memulakan kempen pilihan raya kali ini dengan memberi fokus kepada memperkenalkan calon masing-masing," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin mengesahkan seramai 28 calon mewakili PH diterima dan disahkan untuk bertanding di 28 DUN yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, seramai 18 calon berumur di bawah 50 tahun, dengan calon paling muda berusia 21 tahun, manakala 10 calon merupakan calon anak muda berumur di bawah 40 tahun.

Daripada keseluruhan jumlah itu juga, empat calon terdiri daripada wanita.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my