Pemilihan calon dibuat dengan baik, bawa aspirasi PN: Radzi

Iklan
Foto Facebook Dr Radzi Jidin

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yakin pemilihan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat dengan baik dan mengambil kira keupayaan calon untuk membawa aspirasi Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, calon yang diketengahkan juga dilihat mampu membawa semangat prihatin rakyat dan mempunyai komitmen memastikan pentadbiran di Melaka dijalankan dengan penuh berintegriti serta berwibawa.

Iklan
Iklan

"Pastinya calon-calon yang ditawarkan ini juga mempunyai visi dan aspirasi kukuh bagi memacu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dan negeri Melaka ke tahap lebih tinggi.

"Saya percaya calon-calon yang dipertaruhkan PN kali ini memiliki kredibiliti dan kepimpinan untuk membawa perubahan seterusnya memenangi hati dan undi rakyat Melaka.

Iklan

"Kepada semua calon, berjuang dengan ikhlas dan berkempenlah dengan sebaiknya. Sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatua Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan PN sedia mempersiapkan anak muda untuk menjadi calon dan pemimpin negara dalam menentukan hala tuju masa depan yang lebih baik.

Iklan

"Dalam Perikatan Nasional, anak muda bukan hanya berkhidmat untuk gantung bendera atau tukang sorak tetapi dipersiapkan sebagai calon dan pemimpin bermula daripada sekarang.

"Pemuda Perikatan Nasional bersedia menggalasnya. Selamat berjaya kepada semua sahabat. Sokongan penuh dari kami seluruh jentera Armada Bersatu Malaysia dan Pemuda PN,” katanya.