KUALA TERENGGANU - Perwakilan Pas Pulau Pinang menggesa kepimpinan tertinggi parti itu menyatakan pendirian tetap berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Abdul Razib Abdul Rahim berkata, perkara itu perlu diputuskan memandangkan wujud perpecahan antara MN dan PN di negeri tersebut menyebabkan agenda penyatuan ummah yang diperjuangkan gagal mencapai matlamat asal.