Kadar indeks jenayah turun 17 peratus
Iklan
NILAI - Kadar Indeks Jenayah daerah Nilai bagi Januari hingga Disember tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lepas iaitu 1,090 kes kepada 907 kes.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohamad Nor Marzukee berkata, kes kecurian motosikal menunjukkan penurunan paling banyak iaitu daripada 190 kes kepada 110 kes.
Iklan
Iklan
"Bagi tahun ini, semua kes merekodkan penurunan antaranya samun jalanan, pecah rumah dan curi termasuk curi motosikal.
"Daripada jumlah keseluruhan Indeks Jenayah tahun ini iaitu 907 kes, sebanyak 59 peratus berjaya diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Bersama Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai anjuran bersama Mesamall di sini, hari ini.
Tambahnya orang ramai diminta lebih berwaspada dalam menjaga harta benda mereka dan elakkan daripada kecuaian kerana kecuaian itu menjadi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.
"Indeks Jenayah Nilai tidak ada yang menggusarkan rakyat cuma saya nak tekankan agar mereka lebih berwaspada dan jangan terlalu cuai.
Iklan
"Kalau tinggalkan rumah sebaiknya maklumkan kepada polis, pengawal keselamatan atau jiran, itu adalah yang sebaiknya,” katanya.
Pada majlis Hari Bersama Pelanggan, sebanyak 400 saman telah dibayar orang ramai melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM60,000.
Iklan
Program yang berlangsung sehingga pukul 4.30 petang ini menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>