MEDAC sasar 10 peratus masjid tubuh koperasi tahun depan
Iklan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berucap pada Majlis Pelancaran Transformasi AsnafPreneur (TAP) ketika di Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan 10 peratus daripada 7,005 masjid di seluruh negara menubuhkan koperasi pada tahun depan.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, masjid berpotensi menghidupkan suasana keusahawanan sekali gus mengembalikan fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga pusat pembangunan ekonomi setempat.
Iklan
Iklan
"Buat masa ini, hanya tujuh peratus masjid di seluruh negara yang mempunyai koperasi dan dilihat berjaya mewujudkan suasana perniagaan sehingga berupaya meningkatkan ekonomi dalam kawasan kariah mereka.
"Konsep koperasi ini juga menggambarkan suasana gotong-royong yang bekerjasama seperti satu keluarga sekali gus merapatkan hubungan silaturahim sesama kariah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi AsnafPreneur (TAP), di sini pada Selasa.
Iklan
Noh berkata, TAP merupakan inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dalam memberi sokongan kepada golongan asnaf menjadi usahawan berjaya melalui bantuan dana kewangan, latihan keusahawanan dan peralatan perniagaan.
"Program ini dapat memberi implikasi luar biasa kepada golongan asnaf untuk menjana pendapatan seterusnya menaik taraf ekonomi ke arah menjadi usahawan yang berdaya saing," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>