Bukti kerajaan serius, bertanggungjawab

Iklan
Nik Omar

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW membuktikan kerajaan amat mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.

Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Ab Aziz dalam kenyataan hari ini berkata, Yadim berharap unit itu mampu menjadi platform kepada masyarakat untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap Nabi dan seterusnya ia dapat ditangani dengan baik.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tubuh Unit Pemantau Isu Hina Islam

"Pasukan pemantau isu-isu mengenai Islam dan penghinaan Nabi Muhammad SAW mempunyai kemahiran dan kelengkapan teknologi yang sudah pastinya dapat menangani isu-isu berkaitan dengan profesional,” katanya.

Iklan
Iklan

Nik Omar berkata langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan isu penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh segelintir orang awam berubah menjadi konflik antara agama dan kaum sebagaimana berlaku di beberapa buah negara. - Bernama