Syed Saddiq saran kerajaan naik gaji minimum kepada RM1,500
Iklan
Syed Saddiq
KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang supaya menaikkan gaji minimum kepada sekurang-kurangnya RM1,500 mengikut sektor.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) berkata, bagi pekerja kolar putih, gaji minimum pula seharusnya sekitar RM2,500 mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2019.
Iklan
Iklan
"Gaji yang bermaruah adalah permulaan untuk kita membela rakyat golongan M40 dan B40 khususnya apabila jurang kekayaan ini bukan berfaktorkan soal agama dan bangsa tetapi realitinya adalah isu berasaskan kelas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Iklan
Syed Saddiq berkata, Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan berjaya menaikkan gaji minima daripada RM900 kepada RM1,200 dalam tempoh kurang dua tahun.
"Ini tidak cukup. Sepatutnya dinaikkan minimum kepada RM1,500 dan selepas itu secara berperingkat.
Iklan
"Persoalannya kini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sekarang kerajaan Keluarga Malaysia telah berkuasa melebihi dua tahun. Tetapi kita masih belum lihat unjuran gaji minimum untuk mempertahankan dan membela golongan berpendapatan rendah serta memberi isyarat yang agak jelas,” ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>