Lambang: Majlis Syura Ulamak serah kepada Pas Pusat

Iklan
Kenyataan Majlis Syura Ulamak Pas pada Ahad.

SHAH ALAM - Majlis Syura Ulamak Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berkaitan penggunaan lambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut satu kenyataan, keputusan yang dibuat berdasarkan strategi kebolehmenangan bersama yang terbaik selaras dengan peruntukan perlembagaan Pas.

Iklan
Iklan

"Dari sudut Siyaasah Syar'iyyah dengan menekankan kepentingan perundingan pertandingan dua penjuru agar kemenangan tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH).

"MSU melihat aspek ini dalam kerangka perkara-perkara boleh berubah dan bukannya perkara yang tetap. Ia perlu disesuaikan dengan taktikal dan strategi parti,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Majlis Syura Ulamak juga telah meluluskan kelayakan untuk calon-calon PRN Melaka.

"Bagi tindakan selanjutnya oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selaras dengan peruntukan perlembagaan Pas Fasal 26(9)(f),” ujarnya.

Iklan

Selain itu, katanya, Majlis Syura Ulamak sebulat suara memilih dan memperbaharui pelantikan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkuat kuasa pada 31 Oktober 2021 untuk tempoh selama lima tahun.

Majlis Syura Ulamak juga menetapkan bahawa perwakilan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) ke Muktamar Tahunan Pas Kali ke-67 pada 6 dan 7 November 2021 adalah berstatus pemerhati.

"Pemilihan Jawatankuasa DUPP untuk sesi 2021/2023 pula akan diadakan seberapa segera dengan merujuk kepada Aturan dan Peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya.