MoF lancar Portal Manfaat #Bajet2022 salur maklumat tepat

Iklan
Kementerian Kewangan (MoF) melancarkan Portal Manfaat #Bajet2022 bagi memudahkan rakyat mengetahui manfaat yang disediakan dalam Bajet 2022. - Foto FB MoF

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) telah melancarkan Portal Manfaat #Bajet2022 bagi memudahkan rakyat mengetahui manfaat yang disediakan dalam Bajet 2022.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam muat naik terbaharunya di laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

"Seperti #Belanjawan2021, MoF juga telah menyediakan Portal Manfaat #Bajet2022 yang kini telah dilancarkan bagi memastikan #KeluargaMalaysia terus mendapat maklumat tepat mengenai #Bajet2022,” katanya.

Manfaat #Bajet2022 boleh dilayari di https://budget.mof.gov.my/manfaat/. -Bernama

Iklan
Iklan