Bajet 2022: Pemuda UMNO kecewa pengeluaran KWSP i-Citra RM10,000 tiada

Iklan
Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO melahirkan rasa kecewa apabila tuntutan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 secara 'one-off' tidak dimasukkan dalam Bajet 2022.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara itu menjadi harapan besar majoriti rakyat namun ia tidak dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya, saya dan teman-teman di Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat menyimpan perasaan kecewa, apabila ada beberapa #TuntutanRAKYAT yang kami perjuangkan tidak dipenuhi, walaupun tidak dinafikan sudah ada beberapa #TuntutanRakyat yang kami perjuangkan ditunaikan kerajaan termasuk Moratorium tanpa faedah.

"Namun antara yang menjadi harapan besar majoriti rakyat iaitu Pengeluaran Simpanan KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off yang tidak dimasukkan oleh Kerajaan dalam pembentangan kelmarin.

Iklan

"Apakan daya, walaupun perkara ini telah berkali-kali diperjuangkan secara konsisten bahkan diutarakan di dalam pelbagai medium, platform termasuk mengadakan siri-siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi negara hatta pengurusan tertinggi KWSP," katanya di media sosial Facebook pada Sabtu.

Awani

Iklan