Cukai 'one-off' kepada syarikat jana pendapatan tinggi
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai khas secara 'one-off' kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cukai yang diberi nama Cukai Makmur itu bertujuan bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan.