KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV), bagi menyokong pembangunan industri EV tempatan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata, pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.