Subsidi RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan bakal memanfaatkan sebanyak 188,000 keluarga B40.