NGO Malaysia bina masjid untuk pelarian di Syria

Iklan
Masjid As-Sabeel. - Foto MyFundAction

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia for Syria (MFS) dan MyFundAction (MFA) membangunkan sebuah masjid di kawasan Azaz, Syria untuk pelarian dalaman (IDP) yang terkesan akibat kemusnahan infrastruktur dalam konflik sedekad di negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFS, Syahrir Azfar Saleh dalam kenyataan berkata, masjid itu yang dinamakan Masjid As-Sabeel siap sepenuhnya pada September lepas dan dirasmikan pada 21 Oktober oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman.

Iklan
Iklan

Ia merupakan masjid kedua dibina di Syria hasil kerjasama MFS dan MFA dan dilengkapi dengan kemudahan untuk aktiviti mengimarahkan masjid seperti kelas pengajian agama, ceramah dan kem bina diri.

"Diharapkan masjid ini dapat menjadi lambang simbolik kesepaduan, kasih sayang dan ingatan rakyat Malaysia seterusnya menjadi penyatuan kepada umat dan pemangkin semangat kepada rakyat Syria untuk bangkit kembali,” katanya.

Iklan

Selain di Syria, Syahrir Azfar berkata, sejumlah RM400,000 lagi diperlukan bagi menyempurnakan pembinaan Masjid As-Sabeel fasa kedua di Lubnan.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun 5648 1051 3971 Maybank (Malaysian Life Line For Syria Berhad) dan orang ramai melayari laman sesawang www.infaksyria.com untuk maklumat lanjut. -Bernama

Iklan