Raduncanu puas hati mara ke suku akhir
Iklan
Aksi Raducanu pada kejohanan berkenaan. - Foto Reuters
JUARA Terbuka Amerika Syarikat (US Open), Emma Raducanu berpuas hati kerana telah menemui semula rentak kemenangannya apabila berjaya mara ke suku akhir juara Terbuka Transylvania, pada Khamis.
Malah menurut pemain berusia 18 tahun itu, dia juga dan berazam untuk mara hingga ke final kelak bagi menambahkan lagi koleksi kejuaraan yang dimilikinya.
Iklan
Iklan
"Saya cukup berpuas hati dengan kejayaan mara ke suku akhir dan berharap untuk terus mara hingga ke final, kelak.
"Apa pun secara keseluruhannya, saya akan terus cuba lakukan yang terbaik pada kejohanan kali ini.
Iklan
"Untuk pengetahuan, saya masih lagi dalam proses ‘pembelajaran’ dalam setiap perlawanan yang dilalui dan setakat ini saya fikir saya masih bukan merupakan pemain yang terbaik,” katanya.
Raducanu melangkah ke suku akhir Terbuka Transylvania apabila menewaskan pemain ranking ke-59 dunia, Ana Bogdan 6-3,6-4 pada pusingan kedua kejohanan pada Khamis.
Iklan
Sebelum itu pada Selasa, Raducanu telah dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain ranking ke-124 dunia Polona Hercog sebelum menang 4-6, 7-5, 6-1.
Sementara itu Raducanu menyatakan rasa teruja kerana berpeluang beraksi berdepan pemain dari Romania, Bogdan pada kejohanan berkenaan.
Katanya, agak jarang untuknya berdepan dengan pemain dari negara tersebut dan kesempatan berdepan Bogdan disifatkannya agak istimewa.
"Teruja rasanya dapat beraksi dengan pemain dari Romania kali ini. Bagi saya, Bogdan merupakan pemain yang baik dan saya menerima tentangan hebat kali ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>