KUCHING - Kekerapan penerbangan ke Sarawak akan ditambah daripada 89 penerbangan kepada 223 penerbangan setiap minggu bermula 1 November ini, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.
Beliau berkata, setakat Khamis, syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines Berhad, Airasia Berhad dan Malindo Airways telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.