‘Biarlah pihak pembangkang satu calon’
Iklan
Mohamad Sabu.
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan berunding dengan parti pembangkang lain yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, beliau mengharapkan agar pihak pembangkang hanya mempunyai satu calon sahaja di setiap kerusi PRN Melaka.
Iklan
Iklan
"Kalau boleh pembangkang biar bersatu. Kalau boleh kita akan berunding dengan siapa sahaja.
"Biarlah pihak pembangkang satu calon. Kalau belah sana, ikut merekalah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2022 PH di Parlimen pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mengumumkan untuk bertanding dalam PRN Melaka.
Dalam pada itu, mengulas mengenai soal pengagihan kerusi dalam PRN Melaka, Mohamad berkata, ia masih dibincangkan oleh gabungan itu.
Iklan
"Masih dibincangkan. Keputusan sehari dua ini,” katanya.
Ahli Parlimen Kota Raya itu dalam masa yang sama turut menyatakan PH akan bergantung kepada risalah sebagai strategi kempen.
"Kita bergantung pada risalah. Macam mereka kata boleh guna penerangan menerusi TV.
"Takkan kita dapat (penerangan menerusi) RTM dan TV3? Pihak mereka mempunyai kelebihan itu semua. Jadi, untuk berkempen kita akan guna jalan terbaik,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>