Agrobank prihatin terhadap komuniti OKU

Iklan
Khadijah (belakang, dua dari kanan), Mohammad Nazari (belakang, dua dari kiri), Mohamad Sazali (belakang, kiri), Zahid Ahmad (belakang, kanan) serta ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia pada majlis sambutan Hari Keselamatan Tongkat Putih di Auditorium Tun Ahmad Sarji, Menara LPP di Kuala Lumpur pada Selasa.

SHAH ALAM – Agrobank menerusi program perdananya, Agrobank dan Komuniti meraikan komuniti orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan dan komuniti OKU pekak sempena sambutan Hari Keselamatan Tongkat Putih yang disambut pada 15 Oktober setiap tahun.

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, Agrobank menghulurkan bantuan kepada komuniti OKU cacat penglihatan di Malaysia dengan menyumbang sebanyak 100 unit tongkat putih kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Agrobank juga menawarkan kursus pemasaran digital dalam talian secara percuma melalui Program Zero Cost Marketing kepada usahawan ahli yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia selama dua hari seminggu bagi tempoh tiga bulan.

"Melalui program yang akan dikendalikan oleh Agrobank Centre of Excellence (ACE), kami telah menyediakan modul latihan pembangunan sosioekonomi menerusi kelas bimbingan yang komprehensif.

Iklan

"Program latihan ini akan memberi fokus untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan usahawan ahli bagi membekalkan mereka dengan kemahiran berkaitan pemasaran secara dalam talian.

"Kami percaya dengan menawarkan kursus sebegini ia mampu menyediakan komuniti ini dengan ilmu dan pengetahuan baharu berkaitan trend perniagaan semasa, sekali gus membolehkan mereka meneroka peluang pasaran perniagaan digital untuk menjana pendapatan sendiri terutamanya dalam tempoh sukar pada saat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Pada Selasa, Khadijah telah menyerahkan 100 tongkat putih kepada Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Mohammad Nazari Othman pada majlis sambutan Hari Keselamatan Tongkat Putih yang diadakan di Auditorium Tun Ahmad Sarji, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kuala Lumpur.

Khadijah berkata, inisiatif Agrobank dan Komuniti ini adalah selaras dengan hala tuju dan strategi perniagaan Agrobank yang turut menawarkan pelbagai produk khas untuk komuniti OKU di Malaysia seperti Agro Nurani, skim perlindungan takaful yang pertama diperkenalkan di Malaysia khusus untuk komuniti OKU dan Agro Bakti, program pembiayaan khas untuk usahawan mikro dalam kalangan komuniti OKU.

Sementara itu, Khadijah juga turut menyerahkan sumbangan Agrobank berjumlah RM5,000 kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia yang diwakili oleh presidennya, Mohamad Sazali Shaari bersama beberapa orang ahli daripada persatuan tersebut.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia telah menyediakan simbol bahasa isyarat khas yang membawa maksud Agrobank dan menurut Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Agrobank merupakan bank pertama yang mempunyai simbol khas tersebut.

Sambutan Hari Keselamatan Tongkat Putih disambut pada 15 Oktober setiap tahun sejak 1964 dan diadakan untuk meraikan pencapaian komuniti OKU cacat penglihatan di seluruh dunia.