MELAKA - Mesyuarat UMNO Cawangan Klebang Kechil yang dijadualkan pada Ahad terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Beliau mendakwa, ia susulan terdapat insiden kekecohan yang berlaku sebelum mesyuarat yang dijadual berlangsung jam 11 pagi Ahad itu bermula, apabila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron muncul sebelum mesyuarat bermula.