Jabatan Perhilitan rampas labah-labah
Iklan
Tarantula yang dirampas disimpan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan.
SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, merampas 12 ekor pelbagai spesies labah-labah (tarantula) dalam satu pemeriksaan penguatkuasaan di sebuah premis sekitar daerah Seremban, pada 6 Oktober lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia pada Jumaat, kesemua hidupan liar terbabit telah disimpan tanpa sebarang dokumen penyimpanan yang sah oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.