ProtectHealth sasar peningkatan penglibatan pengamal perubatan swasta
Iklan
ProtectHealth sasar lebih banyak penglibatan pengamal perubatan swasta bagi meluaskan lagi capaian pemberian dos penggalak ke seluruh negara. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - ProtectHealth menyasarkan lebih banyak penglibatan pengamal perubatan swasta (PPS) bagi meluaskan lagi capaian pemberian dos penggalak ke seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, sehingga kini lebih 3,699 PPS telah berdaftar dengan ProtectHealth.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebanyak 2,352 PPS telah beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan Program Imunisasi Covid-19 Remaja (PICK Remaja).
"Pelaksanaan pemberian dos penggalak akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth.
Iklan
"ProtectHealth kini dalam usaha meningkatkan jumlah ini dan amat menggalakkan semua PPS yang berminat untuk menyertai PICK sebagai PPV serta berdaftar di laman web ProtectHealth (www.protecthealth.com.my).
"Bagi PPS yang telah menyertai taklimat dan latihan serta bersedia boleh memaklumkan kepada ProtectHealth melalui Vaksin Control System (VCS) untuk memulakan operasi sebagai PPV,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Mengulas lanjut, Anas Alam berkata, ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta akan terus membantu mengurangkan bebanan Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan dan memperluaskan capaian vaksinasi dalam pemberian dos penggalak.
Jelasnya, sehingga 20 Oktober 2021, ProtectHealth telah berjaya menyumbangkan 48 peratus daripada jumlah keseluruhan vaksinasi di seluruh negara bersamaan 23,017,792 dos dalam PICK.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>