KUCHING - Tidak ada sebarang mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri berlangsung sama ada pada Khamis mahupun esok, menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai merujuk kepada beberapa laporan media semalam yang mengatakan Abang Johari akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan pada Khamis.