Empat bekas ADUN belum kemuka permohonan sertai PH: Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Belum ada keputusan daripada Pakatan Harapan (PH) sama ada akan membuka pintunya kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka baru-baru ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan media, Anwar berkata, keempat-empat ADUN tersebut masih belum mengemukakan permohonan secara rasmi meskipun telah menyatakan niat untuk menjadi sebahagian daripada PH.

Iklan
Iklan

"Kami akan menunggu kerana kami tidak mahu membuat pilihan.

"Kami akan memberi mereka masa dan peluang untuk berinteraksi dengan kami,” katanya pada Rabu.

Iklan

Pada 4 Oktober, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN Melaka dibubarkan.

Keputusan itu dibuat selepas empat orang ADUN kerajaan iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengesahkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November ini manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November.