Pewartaan plat kenderaan OKU dalam proses akhir
Iklan
OKU
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan kini dalam proses akhir mewartakan pelaksanaan plat kenderaan orang kelainan upaya (OKU) bagi menggantikan pelekat kenderaan untuk golongan itu, Dewan Negara diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, inisiatif baharu itu mampu memastikan penguatkuasaan akan lebih telus dan mudah dilakukan terhadap penyalahgunaan fasiliti tempat letak kenderaan OKU oleh masyarakat.
Iklan
Iklan
"Kementerian Pengangkutan juga dalam perancangan mewujudkan kod amalan terbaik bagi menyantuni golongan OKU serta menyambut baik cadangan one pass for all purposes (satu pas untuk pelbagai tujuan). Pihak kementerian akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut sekiranya terdapat keperluan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada persidangan Dewan Negara di sini.
Iklan
Bagi memastikan pengangkutan awam mesra OKU turut disediakan di kawasan pedalaman dan luar bandar, beliau berkata kementerian berkenaan melalui Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) mengadakan audit secara berkala setiap tahun bagi menambah baik fasiliti dan perkhidmatan sedia ada.
Sementara itu, Henry berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses membangun dan menguatkuasakan sistem baharu penguatkuasaan kenderaan melebihi muatan iaitu weigh-in-motion (WIM).
Iklan
Beliau menjelaskan, menerusi penggunaan sistem WIM, aktiviti penguatkuasaan kenderaan lebih muatan boleh dilaksanakan secara automatik tanpa kenderaan tersebut perlu berhenti.
"Aktiviti penguatkuasaan boleh dilaksana 24 jam sehari dan mengurangkan bebanan serta keperluan ke atas jumlah tenaga manusia iaitu anggota penguat kuasa yang diperlukan di lapangan, seterusnya meningkatkan keberkesanan ke atas aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan jalan raya," katanya.
Pada masa sama, Henry berkata, sistem tersebut juga boleh mengurangkan implikasi kewangan diperlukan bagi tujuan penyenggaraan jalan yang rosak akibat digunakan kenderaan lebih muatan. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>