AirAsia sambung semula penerbangan ke Phuket
Iklan
Gambar hiasan. - Foto Bernama
AIRASIA Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 November 2021 berikutan pembukaan semula Phuket Sandbox kepada pelancong yang telah divaksin sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, AirAsia berkata, tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Phuket bermula Rabu sehingga 31 Oktober daripada hanya RM189 sehala melalui ikon 'Penerbangan' di AirAsia Super App untuk perjalanan antara 5 November 2021 dan 30 Mac 2022.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pelancong mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand dengan mendapatkan Sijil Kemasukan yang boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke negara tersebut sebelum menempah tiket penerbangan mereka.
Melalui ikon ‘SNAP’ di airasia Super App, tetamu boleh mendapatkan tawaran penerbangan dan hotel bernilai bermula RM549 untuk perjalanan pada tempoh yang sama.
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, berikutan kejayaan besar gelembung pelancongan Langkawi di Malaysia, pembukaan semula Program Phuket Sandbox menandakan pembukaan semula sekatan perjalanan antarabangsa ke Thailand.
"Kami telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerbangan dan memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang.
Iklan
"Kami telah menjual lebih 1 juta tempat duduk domestik dan juga mencatatkan muatan penumpang tinggi dan tempahan kukuh pada masa akan datang yang melambangkan pemulihan sektor pelancongan,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>