Muda perlu sedia hadapi PRN Melaka

Iklan
Kenyataan media Amir Abd Hadi.

SHAH ALAM - Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd Hadi menyeru pimpinan, jentera dan penyokong parti itu untuk bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau percaya bahawa Muda bersedia untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi dalam PRN jika rasa diperlukan.

Iklan
Iklan

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan 20 November sebagai tarikh pengundian di Melaka selepas satu lagi perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

"Sungguhpun kita tidak bersetuju pilihan raya dilaksanakan ketika negara masih dalam proses pemulihan pandemik Covid-19, saya menyeru pimpinan, jentera dan penyokong untuk bersiap siaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada 18 Oktober, SPR menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Melaka di Banda Hilir.

Iklan

Tambah Abdul Ghani, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November iaitu Selasa.

Pada masa sama, Amir berkata, perkembangan semasa berkait isu di Melaka termasuk kumpulan pengkhianat yang diangkat seperti hero perlu diambil kira dalam proses negosiasi.