Enam tentera Iraq maut

Iklan

MAKMUR - IRAQ. Sekurang-kurangnya enam anggota separa tentera Iraq maut dalam serangan hendap di selatan bandar Mosul, kata pegawai tempatan hari ini.

Penyerang tidak dikenali menyasarkan konvoi membawa pejuang Hashed Al-Shaabi yang tidak bersenjata dalam kejadian tengah malam Rabu.

Iklan
Iklan

"Seramai 31 orang cedera dan mereka dikejarkan ke hospital Qayyarah. Tiada pihak tampil mengaku melancarkan serangan tersebut," katanya. - AFP