Konsep penyatuan Rasulullah ajar manusia muafakat: PM
Iklan
KUALA LUMPUR - Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah SAW mengajar setiap manusia untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang, demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, penyatuan yang diasaskan Rasulullah SAW merentasi kabilah, agama serta fahaman.