Penjawat awam antara 24 individu ditahan salah guna dadah
Iklan
BENTONG - Seorang penjawat awam antara 24 individu yang diberkas dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, Op Sarang Khas selama dua hari bermula Sabtu di Felda Mempaga itu menahan warga tempatan berusia 27 hingga 62 tahun.