Operasi penerbangan ihsan bawa organ dari LTAM ke HKL
Iklan
MELAKA - Satu operasi penerbangan ihsan bagi membawa lima kotak organ manusia untuk kegunaan pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) digerak menggunakan helikopter Agusta AW189 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, penerbangan itu mengambil masa lebih sejam setelah pesawat berlepas dari LTAM pada 2.36 petang.