Sepatutnya sudah lama...
Iklan
Mohd Zafpri Daud
MARANG - Kerjasama UMNO dan Pas merupakan satu sejarah baharu dalam politik tanah air yang dilihat dapat memartabatkan kembali Islam dan mengembalikan hak orang Melayu dan bumiputra di Malaysia.
Naib Ketua Pemuda UMNO Marang, Mohd Zafpri Daud berkata, kerjasama seumpama itu sepatutnya sudah lama diwujudkan namun sikap egoisme telah menafikan semuanya berlaku lebih awal.
Iklan
Iklan
"PRU14 menyaksikan jatuhnya kuasa pemerintahan Melayu Islam selama lebih 60 tahun kepada golongan yang secara terang dan nyata amat dengki, cemburu dan bencikan Islam.
"Ini menyebabkan satu persatu kepentingan dan aset negara yang mempunyai sangkut paut dengan umat Melayu Islam diperdagangkan sewenang-wenangnya.
Iklan
"Lebih malang lagi ada di kalangan pemimpin Melayu Islam yang menjadi benteng dan mempertahankan segala tindakan tetapi menganaktirikan watan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata, kekalahan parti Melayu Islam dalam PRU14 adalah isyarat daripada ALLAH agar hambanya kembali kepada-Nya dan meneliti semula setiap ayat dalam al-Quran terutamanya ayat-ayat menyeru agar umat Islam bersatu.
Iklan
"Isyarat yang hadir mungkin nampak"simple" namun memberi pengajaran yang amat keras kepada ummah. Islam dihina, Nabi Muhammad SAW dikeji, bangsa Melayu dan bumiputra dianaktirikan.
"Alhamdullilah cahaya penyatuan semakin bersinar dan telah mengakibatkan pemimpin PH tidak senang duduk, kerana mereka tahu jika UMNO dan Pas bersatu mereka tidak akan kekal lama berkuasa.
"Sehingga ada yang menganggap kerjasama UMNO dan Pas seolah-olah melancarkan perang kepada bukan Islam. Mengapa perlu mengganggap sedemikian. Salahkah UMNO dan Pas bekerjasama?," soalnya.
Tambahnya, penyatuan umat Islam ini tidak akan mengganggu hak bangsa lain. Malah penyatuan umat Islam pasti akan memberi keamanan kepada rakyat dan negara keseluruhannya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>