30 peratus komuniti gelandangan belum terima vaksin Covid-19

Iklan
Badrul Jamili

KUANTAN- Sebanyak 30 peratus golongan gelandangan dan rentan di sekitar bandar raya Kuantan yang layak masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengasas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dapur Infaq Ummah Kuantan, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, peratusan itu diperoleh daripada 500 orang gelandangan di kawasan sekitar Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Pasar di sini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kebanyakan komuniti ini mempunyai pelbagai masalah seperti tiada kenderaan, tidak mempunyai aplikasi MySejahtera kerana ketiadaan telefon pintar dan pelbagai kekangan lain.

"Masih ada komuniti gelandangan dan rentan belum disuntik vaksin Covid-19, tetapi dengan adanya program vaksinasi bersama komuniti ini pada Rabu akan memudahkan golongan terbabit mendapatkan dos pertama mereka," katanya ketika ditemui di Surau Komuniti Al-Hidayah, Jalan Wong Ah Jang pada Rabu.

Iklan

Salah seorang penerima yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 55, bersyukur kerana sudah mendapat dos pertama vaksin Covid-19.

Katanya, masalah ketiadaan kemudahan teknologi menjadi punca dia tidak mendapat suntikan vaksinasi.

Iklan

"Kalau dulu saya takut, tapi bila tengok rakan lain semua sudah disuntik saya pun datang juga sebab saya pun mahu dilindungi daripada jangkitan Covid-19.

"Alhamdulillah, sudah selesai dos pertama dan saya tak sabar hendak melengkap dos seterusnya," katanya.

Seorang lagi penerima yang mesra dipanggil Adik, 16, mengakui gembira kerana dirinya sudah menerima suntikan.

"Saya tidak tahu macam mana hendak daftar, tapi bila pejabat kesihatan datang ke sini, saya ambil peluang untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Saya harap dos kedua nanti pun, pihak kesihatan dapat datang ke surau ini bagi memudahkan urusan vaksinasi," katanya.