Penolong pegawai agensi perladangan direman kes tuntutan palsu

Iklan
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman.

SHAH ALAM - Seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Perintah reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek disyaki bersubahat dengan seorang pemilik syarikat, dalam mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan itu, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Iklan

Kejadian didakwa berlaku pada 2018 ketika suspek bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi sama di Klang itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.