Cabaran Piala Uber negara berakhir

Iklan
Kisona. - Foto FB BAM

PERJUANGAN skuad Piala Uber negara pada saingan Piala Thomas dan Uber 2021 berakhir apabila tewas 1-4 kepada Kanada dalam aksi ketiga saingan peringkat kumpulan di Arena Ceres, Aarhus, Denmark, pada Selasa.

Sebelum ini, skuad Piala Uber negara turut tewas 1-4 kepada kepada Denmark pada Sabtu sebelum tewas 0-5 kepada China pada Ahad.

Iklan
Iklan

Aksi Kumpulan D itu menyaksikan pemain perseorangan pertama negara, S.Kisona akur dengan kekalahan 9-21, 14-21 kepada pemain Kanada, Talia Ng dalam tempoh 36 minit.

Kisona 23, yang tewas mudah pada set pertama dilihat cuba bangkit pada set kedua namun Talia,19, menggunakan segala pengalaman yang dimiliknya bagi memenangi set kedua dan sekali gus meraih mata pertama buat Kanada.

Iklan

Dalam acara beregu pertama, gandingan Teoh Mei Xing-Yap Ling hampir mencipta kejutan ke atas gandingan beregu ranking ke-24 dunia, Rachel Honderich-Kristen Tsai apabila memenangi set pertama 21-13.

Mei Xing-Yap Ling. - Foto FB BAM

Bagaimanapun, gandingan Mei Xing-Yap Ling kemudiannya terpaksa akur dengan kebangkitan beregu Kanada itu pda dua set berikutnya apabila tewas 10-21,14-21 dalam pertemuan yang berlarutan selama satu jam 10 minit itu.

Iklan

Bagi aksi perseorangan kedua, pemain negara Eoon Qi Xuan dilihat berjaya memberikan sedikit tentangan kepada pemain Kanada pada set pertama.

Namun, Qi Xuan,20 kemudiannya terpaksa akur dengan ketangkasan Rachel yang baru berusia 17 tahun, apabila tewas 12-21, 13-21, dalam 33 minit.

Qi Xuan. - Foto FB BAM

Gandingan beregu kedua negara, M Thinaah-Go Pei Kee kemudiannya memberikan mata pertama buat skuad negara apabila mudah menewaskan beregu Kanada, Catherine Choi-Crystal Lai 21-12, 21-13 dalam tempoh 36 minit.

Aksi perseorangan ketiga menyaksikan pemain muda negara, K.Letshanaa tewas 21-17, 16-21,12-21 kepada pemain Wen Yu Zhang dalam tempoh 50 minit.

Biarpun berjaya memenangi set pertama, namun Letshanaa, 18 kemudiannya akur dengan pengalaman yang dimiliki Yu Zhang, 29 apabila tewas pada dua set berikutnya.