Dewan Negara lulus usul junjung kasih titah Agong
Iklan
Dewan Negara pada Isnin meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 September lepas​​​​​. Foto fail bernama
KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Isnin meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 September lepas​​​​​.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama tiga hari mulai 4 Oktober oleh 37 Senator dan disusuli penggulungan 27 kementerian terlibat selama dua hari.
Iklan
Iklan
Antara isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan adalah mengenai kit ujian kendiri Covid-19, reformasi sistem perkhidmatan kesihatan, sistem telekomunikasi, pembelaan pelajar orang kurang upaya (OKU) dalam pendidikan serta isu anak-anak kehilangan ibu bapa akibat pandemik.
Persidangan pada Isnin menyaksikan 16 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Iklan
Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan pada Selasa akan diteruskan dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada pukul 11.30 pagi dan disusuli sesi perbahasan.
Persidangan Dewan Negara bersambung Selasa. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>