Norrida dilantik Pengerusi MTC

Iklan
Norrida Yusoff

MAJLIS Kayu-Kayan Malaysia (MTC) melantik Norrida Yusoff sebagai Pengerusi MTC berkuatkuasa 1 Oktober lalu untuk menggantikan Mazli Zakuan Mohd Noor yang meletakkan jawatan pada 1 September 2021.

MTC dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Norrida melakar sejarah tersendiri kerana ia merupakan kali pertama wanita menerajui MTC selepas tiga dekad.

Iklan
Iklan

"Norrida berpengalaman selama 20 tahun dalam industri telekomunikasi. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Latihan Jualan Negara dan Ketua Perancangan Jualan Celcom Axiata,” jelas kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili berkata, walaupun Norrida masih baharu dalam industri kayu-kayan, beliau mempunyai pasukan kepimpinan MTC yang sentiasa akan membantunya dalam mendepani cabaran dan memanfaatkan segala pengalaman.

Iklan

"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dan berada di bawah bimbingan Norrida. Beliau memainkan peranan penting dalam membuat strategi untuk mengembangkan pasaran, penjenamaan dan jualan serta terkenal dengan kemahiran menyelesaikan masalah luar biasa.

"MTC juga berterima kasih kepada Mazli Zakuan kerana sumbangannya dalam menambahbaik MTC meskipun berdepan pandemik Covid-19,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Norrida berkata, meskipun pandemik Covid-19 terus menguji, beliau yakin semangat pengeluar berasaskan kayu dan dipacu oleh kemajuan digital akan mengubah sektor tersebut daripada kelangsungan hidup kepada pemulihan.

"Saya merasa rendah diri dengan pelantikan ini, terutama ketika pada masa yang sangat penting bagi industri,” katanya.