Messi sifatkan Argentina beraksi cemerlang

Iklan
Aksi Messi (kanan), pada perlawanan berkenaan. - Foto EPA

PENYERANG sensasi Argentina, Lionel Messi menegaskan skuad Albicaleste itu telah beraksi cemerlang hingga berjaya menewaskan Uruguay 3-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Conmebol pada Ahad.

Menurut Messi, kesemua pemain telah mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan dalam usaha mengukuhkan kedudukan bagi aksi peringkat kumpulan aksi kelayakan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kesemua pemain telah beraksi dengan cemerlang pada perlawanan kali ini. Bukan itu sahaja, kesemua perancangan juga nampaknya berjaya membuahkan hasil.

"Pada awal perlawanan, sememangnya sukar kerana Uruguay sentiasa mengukuhkan benteng pertahanan dan dalam masa sama turut melancarkan gerakan berbahaya ke pintu gol kami.

Iklan

"Namun, sebaik berjaya membuka jaringan, kami mula mendapat rentak dan selepas itu permainan menjadi ‘milik’ kami sehingga menjaringkan dua lagi gol untuk mengesahkan kemenangan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Messi menjaringkan gol pertama pada minit ke-38, diikuti Rodrigo De Paul (min-44) dan Lautaro Martinez (min-64).

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Argentina mengukuhkan kedudukan bagi aksi kelayakan berkenaan dengan 22 mata di belakang pendahulu, Brazil yang meraih 28 mata, setakat ini.

Sementara itu Messi mengakui kemenangan berkenaan cukup bermakna buat skuad Albiceleste itu bagi mengharungi baki saingan aksi kelayakan berkenaan.

Justeru, diharapkan agar kemenangan berkenaan bakal menyuntik semangat pemain untuk berdepan Peru pada 15 Oktober ini.

"Kemenangan ini ternyata satu kemenangan yang cukup bermakna dan diharapkan ia akan membantu menyemarakkan semangat pemain untuk perlawanan menentang Peru, 15 Oktober ini,” katanya.