PRN Melaka: Pas sedia jadi orang tengah
Iklan
BACHOK - Pas bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan kemelut antara Bersatu dan UMNO supaya kedua-dua parti tidak bertanding berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu mahu PRN Melaka menjadi model kepada perpaduan orang Melayu sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik yang dapat melonjakkan ekonomi negara selain mengikis sifat kebencian rakyat terhadap ahli politik yang cenderung berpecah belah.