Warisan ambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Sindumin

Iklan
Yusof Yacob dan Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Tindakan undang-undang akan diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob susulan keputusan beliau keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, surat taat setia dan akuan bersumpah serta video ADUN Warisan masih ada dalam simpanan parti.

Iklan
Iklan

"Kita akan susuli dengan tindakannya. Kita sudah lakukan sesuatu terhadap ADUN Sebatik (Hassan A Gani Pg Amir) dan itu masih dalam kes mahkamah.

"Surat dan videonya pun ada," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Yusof termasuk berkaitan surat taat setia dan akuan bersumpah yang ditandatangani sebelum dijadikan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Ahli Parlimen Semporna itu turut memberitahu, ketiadaan Yusof dalam Warisan tidak memberi kesan kepada parti itu.

Iklan

"Saya ingat kesannya tidak seberapa teruk sangat. Saya faham kenapa Ketua-Ketua Bahagian keluar parti, mereka ada hutang yang perlu dilangsaikan dan saya tidak mampu untuk menjelaskan semua perkara itu.

"Tidak apa, itu terserah kepada mereka. Itu perjuangan kita untuk kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi," katanya.

Sebelum ini, Yusof dalam sidang akhbarnya pada Jumaat turut mendakwa beberapa ahli dan Ketua Bahagian turut menyertai bersamanya keluar daripada Warisan.