Skuad Keluarga Malaysia selaraskan semua mekanisme bantuan
Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada prapelancaran Keluarga Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen di Auditorium Perdana Angkasapuri pada Jumaat. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia digerakkan ke segenap pelosok negara bagi membantu rakyat yang terkesan pandemik Covid-19.
Skuad Keluarga Malaysia bertindak untuk menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.
Iklan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Skuad Keluarga Malaysia itu diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Ia merupakan kolaboratif pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Iklan
"Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri.
"Bagi memastikan kejayaan idea Keluarga Malaysia ini, setiap kementerian dan agensi sedang giat mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk diangkat menjadi sebahagian usaha membantu rakyat.
Iklan
"Ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan," katanya di Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia bertempat di Auditorium Perdana Wisma Radio, Angkasapuri pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia ini merupakan manifestasi hasrat dan komitmen kerajaan untuk meningkatkan usaha menyebar luas konsep dan hala tuju Keluarga Malaysia, agar ia dapat difahami dan dihayati setiap lapisan masyarakat.
Konsep 'Keluarga Malaysia’ katanya, menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman (inclusivity), kebersamaan (common ground) dan kesyukuran (contentment) dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19.
"Bagi pengkayaan nilai-nilai di bawah tiga teras berkenaan termasuklah menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.
"Oleh itu, pada hari bermakna ini, saya ingin mengingatkan kembali bahawa keutamaan kita adalah untuk memerangi kemelut kesihatan dan ekonomi, tanpa memandang siapa yang ditimpa musibah.
"Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu, pasca pandemik," katanya.
Pada masa sama, beliau menjelaskan, kerajaan memperkenalkan mekanisme Keberhasilan Kebahagiaan (atau Key Happiness Outcome - KHO) yang juga merupakan pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama (atau KPI).
"Garis panduan ini akan dibentuk berasaskan nilai sejagat sedia ada, termasuk Indeks Kebahagiaan yang diguna pakai kebanyakan negara di seluruh dunia.
"Toleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan Keluarga Malaysia sudah berlangsung puluhan tahun. Namun, tidak mudah mempertahankan payung toleransi andainya Keluarga Malaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh mewujudkan konflik dan perbezaan," kata beliau.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.