Sukarelawan digerak bantu penduduk terjejas gangguan air
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan menggerakkan kumpulan sukarelawan bagi membantu penduduk yang terlibat gangguan bekalan air susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) minggu depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sukarelewan itu akan ditempatkan di lokasi-lokasi pili awam dan kawasan perumahan sepanjang kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di LRA itu yang dijadualkan bermula 13 Oktober hingga 16 Oktober ini.