Jebat vs Tuah pasca pandemik

Iklan

Selepas seminggu desas-desus mengenai pergolakan politik dalam kerajaan Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) pada Isnin, mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan satu Bebas, manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah).

Iklan
Iklan

Malah, ada dakwaan, dua lagi ADUN dijangka menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Susulan kemelut politik di negeri itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan di Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar.

Iklan
Iklan