KPM digesa perjelas kenaikan kos naik taraf sekolah daif
Iklan
JKPPH gesa KPM beri penjelasan terperinci berhubung peningkatan kos melibatkan proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara. - Foto Bernama
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi penjelasan terperinci berhubung peningkatan kos melibatkan proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara.
JKPPH dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum jawapan diberikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat berkait kos diunjurkan bagi menaik taraf sekolah-sekolah terbabit dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), namun menyifatkan kos terbabit meningkat secara mendadak.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, JKPPH menganggarkan kos purata menaik taraf dan membangun semula sekolah itu dalam RMK12 meningkat sebanyak 2.7 kali ganda dengan anggaran RM10.8 juta berbanding kos purata dalam RMK11 iaitu RM3.9 juta.
"JKPPH beranggapan bahawa situasi peningkatan kos yang begitu besar dalam proses menaik taraf dan membangun semula sekolah daif di seluruh negara sama sekali mendatangkan kecurigaan dan boleh dipersoalkan," kata kenyataan tersebut pada Khamis.
Iklan
Dalam masa sama, pihaknya turut menggesa Kementerian Kerja Raya dan KPM memberi senarai 148 bangunan daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai.
Katanya, ia bagi membolehkan orang ramai boleh meneliti secara kendiri samada peningkatan kos itu munasabah dan tiada unsur 'mark up'.
Iklan
"JKPPH menyeru agar dana awam yang digunakan perlulah dilaksanakan secara telus dan berintegriti bagi mengelakkan pembaziran dan penyelewengan dana awam," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>