LIMBANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak merampas 57,800 liter diesel bernilai RM126,004 dalam satu operasi bersama Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei semalam.
SPRM berkata, serbuan dilakukan di dua lokasi di Limbang yang dipercayai menjadi tempat menyembunyi serta menyimpan minyak diesel yang diseludup dan tidak memiliki sijil penyimpanan diesel.