Gorila mati di sisi penjaga

Iklan
Seekor gorila gunung, Ndakasi mati ketika berada bersama seorang penjaganya Andre Bauma di Taman Negara Virunga, Congo baru-baru ini. - Foto Taman Negara Virunga

KINSHASA - Seekor gorila gunung yang menjadi sensasi kerana bergambar swafoto bersama dengan seorang renjer hutan mati di Congo baru- baru ini.

Gorila tersebut yang diberi nama Ndakasi mati ketika duduk bersama penjaganya, Andre Bauma, 49, di Taman Negara Virunga di selatan negara itu.

Iklan
Iklan

Ndakasi mati ketika berumur 14 tahun, selepas menghidap penyakit bagi tempoh yang lama.

Ketika berusia dua bulan, gorila itu diselamatkan oleh beberapa renjer setelah ia bergayut pada mayat ibu haiwan tersebut.

Iklan

Ibu haiwan itu pula mati ditembak dipercayai oleh anggota-anggota militia bersenjata.

Haiwan itu kemudian dijaga di Pusat Senkwekwe di taman berkenaan bersama seekor lagi gorila yang bernama Ndeze.

Iklan

Kedua-dua haiwan itu menjadi sensasi selepas bergambar swafoto bersama seorang renjer, Mathieu Shamavu pada tahun 2019. - Agensi