Kehilangan Nur Aisyah Aleya terjawab

Iklan
Nur Aisyah Aleya

LANGKAWI - Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu ditemui di Gunung Raya, pagi ini.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penemuan mayat mangsa selepas menahan pasangan suami isteri yang merupakan pengasuh kanak-kanak malang itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.

Semalam, polis menahan pasangan yang berusia 37 dan 40 tahun itu di sebuah inap desa di Ampang pada 4.00 petang.

Iklan

Mereka kemudian dibawa balik ke Langkawi untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang selepas hubungan cinta terbongkar

Iklan

Budak hilang di Langkawi: Suami isteri ditahan

Isnin lalu, media melaporkan kehilangan Nur Aisyah Aleya setelah ibunya, Rosmaliah Samo, pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah, 31, kemudian membuat laporan polis pada Ahad, selepas suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.