MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas dari parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad mengakui melakukan kesilapan apabila menyertai ‘Langkah Sheraton’ pada Mac tahun lalu.
Beliau merasakan perlu bertaubat kerana kemenangannya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah di atas tiket Pakatan Harapan (PH).