Pesawat terbakar lepas 'langgar' burung

Iklan
Salah satu enjin sebuah pesawat penumpang terbakar ketika ia mahu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Atlantic, New Jersey baru- baru ini. - Foto Danny Adivo/ YouTube

NEW YORK - Salah sebuah enjin pesawat yang membawa sejumlah penumpang terbakar ketika ia mahu berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri New Jersey baru-baru ini.

Juruterbang pesawat itu kemudian terpaksa membuat keputusan untuk mendarat semula selepas salah satu enjin kapal terbang tersebut boleh kelihatan percikan api.

Iklan
Iklan

Enjin kapal terbang sebuah syarikat penerbangan itu terbakar setelah ia dipercayai merempuh seekor burung besar ketika mahu berlepas.

Burung itu dikatakan terbang dekat dengan enjin pesawat itu yang menyebabkan ia dirempuh oleh kapal terbang berkenaan.

Iklan

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Fort Lauderbale dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Atlantic, New Jersey.

Kesemua penumpang kemudian turun dari kapal terbang itu dengan menggunakan tangga kecemasan.

Iklan

Semua penumpang dan kru kemudian dibawa balik ke terminal dengan menggunakan bas.

Para penumpang turut diberikan baucar penerbangan dan tambang mereka dibayar balik oleh syarikat penerbangan itu. - Agensi