Bubar DUN: UMNO Melaka adakan mesyuarat tergempar

Iklan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Pengerusi Barisan Nasional Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (duduk, kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut hadir pada sidang media mengenai kemelut politik semasa, hari ini. - Foto Bernama

MASJID TANAH - Kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diumumkan hari ini.

Mesyuarat berkenaan diadakan di kediaman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ab Rauf Yusoh di sini.

Iklan
Iklan

Antara pemimpin yang dilihat hadir termasuk Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Wanita Datuk Seri Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan.

Terdahulu, Ab Rauf memaklumkan DUN Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Iklan

Berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, apabila DUN dibubarkan, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.

Barisan Nasional (BN) Melaka juga difahamkan sudah mengeluarkan arahan persedian jentera pilihan raya Parlimen bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN). - Sumber Awani

Iklan