Sinar Harian nafi keluar laporan khas mengenai Vincent Tan
Iklan
SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan mengeluarkan berita yang bertajuk 'Special Report: Vincent Tan’s Latest Investment Has Experts in Awe And Big Banks Terrified'.
Laporan mengenai pelaburan Tan Sri Vincent Tan tersebut didapati menggunakan nama Sinar Harian sebagai platform untuk menyebarkan berita berkenaan.